Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment
Tertuduh, Mohd Rozlam Salleh ketika keluar dari Mahkamah Majistret di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU - Akibat menyimpan dadah di dapur rumahnya, seorang penganggur dihukum penjara dua tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Mohd Rozlam Salleh, 43, mengaku bersalah.

Dia didakwa pada tiga tuduhan memiliki 3.95 gram heroin, 0.14 gram metamphetmine dan empat pil buprenorphine di sebuah rumah di Kampung Tanjong Stan, Kubang Kerian, di sini.

Pada jam 6.30 pagi, 19 April lalu itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, menyerbu rumah tertuduh dan berlaku pergelutan dengan tertuduh yang berada di dapur rumah tersebut.

Pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun semua dadah iaitu lima botol plastik cerah bertudung kuning berisi serbuk dadah, 10 pil kemerahan dan empat buprenorphine itu dijumpai di lantai.

Tertuduh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum hukuman diputuskan, semalam.

Pada prosiding semalam, tertuduh memohon hukumannya dikurangkan kerana mempunyai anak yang masih kecil.

0 comments:

Post a Comment