Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 28, 2013

No Comment

Ankara – Polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata kelmarin untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan dalam demonstrasi menentang penebangan hutan di kampus universiti Ankara untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya kontroversi.

Dalam satu bantahan oleh kira-kira 100 penuntut, 26 ditahan ketika cuba berarak ke kampus Universiti Teknikal Asia Barat dari pusat bandar raya Ankara, menurut kumpulan penuntut sayap kiri, Genc-Der, yang menganjurkan perhimpunan itu.

Penunjuk perasaan cuba menanam pokok dalam taman bangunan awam, kata wakil kumpulan, sambil menambah polis menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Dalam bantahan berasingan lewat kelmarin, kira-kira 200 pelajar perasaan berjalan ke kawasan pembinaan jalan raya, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan orang ramai, lapor agensi berita Dogan.
Arus bantahan

Selama beberapa minggu berlaku beberapa bantahan kecil di Ankara dan bandar raya lain menentang pembinaan jalan raya merentasi kampus dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di ibu negara Turki itu.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, yang pemerintahannya baru-baru ini digegarkan dengan arus bantahan berhubung pembangunan bandar di Istanbul, minggu lalu menyifatkan pihak yang membantah projek di Ankara sebagai penjahat moden. – AFP

0 comments:

Post a Comment