CHINA – Seorang ibu mampu menjaga 10 anaknya namun seorang anak belum tentu mampu memelihara si ibu.
Ia terbukti berlaku kepada seorang warga emas. Zhang Zefang, 94, yang tiada pilihan lain selain menyaman empat anaknya kerana mereka tidak mahu menjaganya.
Susulan itu, mahkamah mengarahkan empat anaknya supaya bergilir-gilir menjaganya selama empat bulan setiap tahun dan mereka juga diarahkan memberi wang sebanyak $10 dolar setiap bulan.
Selain itu keempat-empat anak-anaknya juga perlu berkongsi membayar wang bagi bil perubatannya.
Arahan itu dibuat mahkamah selepas China melaksanakan undang-undang bahawa anak-anak perlu menjaga dan memberi wang kepada ibu bapa mereka.
Menurut Zefang, dia tidak berniat untuk menyaman Zhou Mingde, 71, Zhou Yinxi, 68, Zhou Gangming, 56 dan Zhou Yunhua, 54, namun dia tiada pilihan
Ketika ini dia menetap sementara bersama anak lelaki bongsunya dan menantunya Kuang Shiying.
“Selama ini saya tidak pernah terfikir sama ada ana-anak saya akan menjaga saya ketika saya tua. Sejak mereka kecil, saya hanya memberikan tumpuan untuk membesarkan mereka,’’ katanya.
Jelasnya, dia menyaman mereka selepas mahkamah di kampung itu memberitahu bahawa dia boleh mengambil tindakan ke atas anak-anaknya itu kerana mengabaikan dia.
0 comments:
Post a Comment