Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 22, 2013

No Comment

Bukan hendak mengutuk bangsa sendiri, tapi itulah gambaran yang sebenarnya ditunjukkan dalam video yang kami kongsikan ini.

Video ini merakamkan perbualan dipercayai antara seorang guru berbangsa India dan seorang wanita Melayu serta anaknya yang menetap di sebuah rumah utara tanah air.

Mengikut perbualan tersebut, guru India itu telah membeli rumah tersebut yang telah dilelong oleh pihak bank setahun lalu.

Dia dikatakan telah memberi masa selama setahun kepada penghuni rumah berkenaan untuk menetap dirumah tersebut serta membuat perancangan untuk berpindah.

Apa yang dikesali apabila wanita itu bersuara dalam nada kurang sopan atau pendek kata ‘kurang ajar’.

“Sudah.. Saya tak mahu dengar you kata masa.. masa.. masa…,” jelas wanita itu.

Walaupun diperlaku begitu, lelaki tersebut masih mampu mengawal emosinya dan bercakap dalam nada yang sopan.

“Hati perut saya sudah bagi satu tahun puan,” jelas lelaki itu.

Mengikut peraturan, penghuni rumah boleh didakwa akibat menceroboh.

Setahun merupakan satu tempoh yang panjang untuk penghuni lama mencari rumah baru atau mencari jalan alternatif.

Apa-apa pun anda tonton dan nilailah sendiri sejauh mana bangsa kita berada.

Melayu oh Melayu… Kalau perkara begini berterusan.. Malulah bangsa kita…

*Kalau tak nak rumah dilelong pihak bank, sila bayar ikut ketetapan!



Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment