Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Elly Suriaty, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia lakonan. Malah apabila aktres diberitakan mahu menghasilkan sebuah filem berjudul Penanggal, dua tahun lalu, ramai pelakon juga pegamal media teruja mendengar perkhabran itu.

Disebalik penghasilan filem sulungnya itu, adat lah nak buat filem, pelbagai dugaan telah dilalui bersama kru produksi dan barisan pelakonnya sepanjang mengalami penggambaran karya klasik tersebut. Namun cabaran paling apabila Elly yang ketika itu hamil lima bulan mengalami keguguran ketika baru dua minggu mengarahkan Penanggal di lokasi penggambaran di Kuala Kangsar, Perak.

Tidak mahu mengenang kembali peristiwa sedih itu, Elly bagaimanapun redha dengan pemergian anak keempatnya itu. Pun begitu dugaan tersebut tidak sikit pun mematahkan semangatnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah.

“Saya okay. Saya redha. Arwah dah meninggal dalam perut tanpa saya sedar sehinggalah seminggu selepas itu baru saya sedar. Saya tak salahkan diri saya mahupun sesiapa atas apa yang terjadi. Siapa yang tak sayang anak, kan. Tapi Allah lebih menyayanginya.

“Ketika itu produser-prodser saya Gayatri dan Tengku Iesta beri cuti selama tiga hari. Saya disuruh berehat. Tapi sewaktu di hospital saya ditempatkan di wad yang dekat dengan wad bayi. Jadi saya tak boleh tinggal di hospital itu.

“Jadi saya minta pada penerbit saya untuk keluarkan saya dari situ. Mulanya produser saya tak setuju kerana mereka mahu saya rehat secukupnya.

Tapi saya katakan pada mereka, lagi lama saya tinggal di situ saya rasa saya boleh jadi gila. Bila dapat keluar, saya berkeras nak ke set dan bekerja semula. Selepas mendesak Gayatri dan Tengku Iesta, saya dibenarkan menyambung semula mengarah tapi dengan syarat saya tak boleh keluar dari van sebab masa tu babak outdoor. Mahu tak mahu saya terpaksa setuju untuk mereka ‘kuarantin’ saya dalam van tu. Saya bagi arahan dan tengok monitor dari dalam van”, ujar Elly Suriaty dengan panjang lebar ketika ditemui baru-baru ini.

Elly Suriaty dan suaminya, Azri Iskandar.Elly Suriaty dan suaminya, Azri Iskandar.

Walaupun begitu isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini bersyukur kerana karyanya itu dapat disiapkan dan bakal ditayangkan pada 28 November ini. Memberikan satu kelainan, menerusi lakonan mantap pelakon utamanya Ummi Nazeera.

Alhamdulillah, saya dah berikan yang terbaik, saya harap ia dapat memberi satu kelainan buat para penonton”, katanya.

Penanggal merupakan filem tentang cinta kematian dan kengerian di sebalik ilmu hitam. Filem berkisar gadis bernama Murni (Ummi Nazeera) yang diperturunkan ilmu ‘penanggal’ tanpa kerelaan hatinya. Akibatnya, Murni melalui hidup yang sunyi dan penuh cabaran. Hinggalah dia beremu dengan Syed Yusof (Azri Iskandar) dan mereka jatuh cinta. Namun berjayakah Syed Yusof menyelamatkan Murni?

Diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Grand Brilliance, filem yang menelan kos sebanyak RM2.8 juta ini turut dijayakan pelakon seperti Normah Damanhuri, Fasha Sandha, Zul Ariffin, Datuk Sharifah Aini dan ramai lagi. Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment