Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan pengangkutan awam dari Lembah Klang ke Genting Highlands kini diuruskan sendiri oleh Genting Malaysia Berhad (GMB).

GMB dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan bas itu bukan dikendalikan oleh syarikat Genting Highlands Transport seperti sebelum ini.

“GMB mahu menjelaskan bahawa syarikat bas Genting Highlands Transport tidak berkaitan dengan kami.

“Kami pada waktu mengoperasikan sendiri perkhidmatan bas ke Genting Highlands dari KL Sentral, Pudu Sentral, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Gombak, One Utama dan stesen bas Kajang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, GMB bersedia mempertingkatkan perkhidmatan bas tersebut sekiranya diminta oleh Kementerian Pengangkutan.

Sebuah bas ulang-alik kendalian Genting Highlands Transport terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu menyebabkan seramai 37 orang maut manakala 16 lagi cedera.

0 comments:

Post a Comment