Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

Pastinya perkhabaran ini menggembirakan hati peminat-peminat setia penyanyi kecil molek, Selena Gomez apabila Selena dijadualkan bakal mengadakan persembahan sulungnya di Malaysia pada Januari ini.

Selena yang popular dengan lagu Who Says, Come and Get It dan Love You Like a Love Song bakal singgah ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Januari sempena konsert jelajah Star Dance Tournya.

Penyanyi berusia 21 tahun ini pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini, namun bukanlah atas tuntutan kerja sebaliknya hanya menemani bekas kekasihnya, Justin Bieber yang mengadakan persembahannya di sini pada Julai tahun lalu.

Sebarang maklumat mengenai harga tiket masih belum didedahkan oleh pihak penganjur dan berkemungkinan besar akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment