Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Sebelum ini kecoh mengatakan penyanyi Waris menciplak lagu penyanyi luar negara sehinggakan lagu Botingkek terpaksa digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM20).

Mengulas mengenai perkara itu, Joe Flizzow yang terlebih dahulu makan garam dalam industri hip hop mengatakan tindakan Waris itu bukan menciplak sebaliknya terdapat satu terma dalam genre muzik tersebut di mana mereke menggunakan sampling lagu orang lain dalam sesebuah karya itu.

“Mungkin saya boleh buat sedikit penjelasan bagi pihak Waris. Sebenarnya ini bukan kes ciplak. Dalam hip hop kita ada satu ‘term’ yang dipanggil sebagai mixtape yang bermaksud, kita akan nyanyi atas lagu orang lain.

“Saya bukannya nak menyebelahi Waris, tapi memang bukan salah dia. Ini satu perkara normal dalam karya seni muzik hip hop.

“Namun begitu, saya tak salahkan AIM sebab tarik balik lagu tersebut, mungkin ada yang tersilap hantar lagu itu untuk dimasukkan sebagai pencalonan akhir,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.
Menurut Waris, Botingkek merupakan sampling yang diambil menerusi lagu Racks on Racks nyanyian YC feat Future.

Sementara itu, Flizzow yang baru sahaja menerima trofi khas anugerah Shout! Awards 2013, The Ultimate Shout! Awards yang disampaikan oleh penyandang tahun lalu, kumpulan KRU.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment