Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

Dalam filem atau buku cerita, kita mungkin sudah biasa menonton dan membaca tentang pintu rahsia yang membawa kepada tempat persembunyian.

Namun dalam dunia nyata perkara ini jarang sangat berlaku.

Bagaimanapun di England, dua beradik benar-benar terjumpa sebuah lokasi rahsia di belakang rak buku di bilik ibu bapa mereka.

Perkara ini diketahui secara tak sengaja apabila si abang tertolak adiknya ke arah rak buku hingga teralih.

Selepas itu mereka melihat ada tangga spiral di sebaliknya lalu mereka memutuskan untuk menuruni tangga tersebut dan menyiasat apa ada di sebaliknya.

Alangkah terkejutnya apabila mereka menemui sebuah bilik rahsia yang kemungkinan didiami oleh orang lain.

Siapa pun yang mendiami tempat rahsia itu, dia dipercayai memasuki rumah mereka pada waktu malam bagi mencuri makanan.

Apa yang menakutkan, dua beradik tersebut turut menemui objek menyeramkan berupa kunci misteri, ukiran gajah dan anak patung.

Susulan itu, keluarga mereka membuat laporan kepada pihak polis bagi menyiasat perkara ini.

Rumah berkenaan baru setahun diduduki selepas pemilik sebelumnya berpindah ke India.

Kesemua gambar dan kejadian ini dikongsikan adik beradik ini di laman imgur.com. – REM RAMZI







0 comments:

Post a Comment