Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menafikan syarikat itu mengenepikan usahawan bumiputera dalam kontrak pembekalan nasi lemak di Kedai Mesra Petronas.

PDB dalam satu kenyataan media menegaskan, pihaknya sentiasa menyokong usahawan tempatan dengan memberi mereka peluang perniagaan sebagai rakan kongsi PDB melalui pelbagai platform.

“Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi salah satu pembekal yang diberi kuasa melalui program Industri Kecil dan Sederhana IKS kami.

“PDB bagaimanapun mempunyai kewajipan kepada orang ramai untuk memastikan produk dan perkhidmatan kami berada pada standard yang tertinggi dan berkualiti,” kata kenyataan itu hari ini.

Media pada 7 November lalu melaporkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) melihat Petronas seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu.

Pengerusi Kluster Minyak dan Gas MTEM, Tengku Putra Tengku Ahmad dipetik berkata, polisi baharu itu meletakkan pelbagai halangan sehingga menyebabkan penggiat industri tempatan sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.

“Polisi ini bercanggah dengan dasar penubuhan Petronas yang sepatutnya membantu melonjakkan ekonomi masyarakat bumiputera. Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut hingga kepada kontrak pembekalan roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya diberikan kepada syarikat asing,” kata Tengku Putra.

Mengulas lanjut isu itu, PDB menjelaskan keperluan yang ditetapkan oleh syarikat itu untuk vendor menjadi pembekal berdaftar bertujuan mengekalkan kualiti semua produk dan perkhidmatan di Kedai Mesra Petronas.

0 comments:

Post a Comment