Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

IPOH – Kawalan dan pemeriksaan pihak berkuasa di wilayah sempadan negara akan lebih diperketatkan bagi membanteras kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap termasuk yang cuba melarikan diri ke negara jiran susulan pelancaran Ops Cantas Khas.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Azman Yusof berkata, pemantauan rapi dilakukan khususnya di kesemua pintu masuk sempadan yang menjadi tumpuan anggota kongsi gelap meloloskan diri.

“Kita mempunyai maklumat anggota kongsi gelap pergi ke negara jiran sama ada hendak tinggal di sana atau menghilangkan tatu. Ada juga yang menyamar sebagai pelancong biasa untuk masuk ke negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti di Kem Briged Utara PGA, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerjasama antara anggota PGA dan polis di bawah operasi itu dilihat mampu membanteras kegiatan terbabit dengan mengadalan kawalan lebih ketat dan kerap di sepanjang negara.

Sementara itu, Ops Cantas Khas di sempadan yang dilancarkan sejak 15 September menumpukan penguatkuasaan terhadap tiga perkara iaitu berkaitan senjata, dadah dan penyeludupan manusia.

Beliau berkata, setakat ini pelbagai barangan bernilai RM52,000 berjaya dirampas sepanjang operasi itu dijalankan.

Azman berkata, antara barangan yang dirampas adalah daun ketum, peralatan untuk penyalahgunaan dadah (menghisap dadah) dan kenderaan curi yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

“Ini satu pancapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan PGA dalam gerakan mengawal sempadan dan mencegah kegiatan haram sejak Ops Cantas Khas dikuatkuasakan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 219 pegawai dan anggota pelbagai pangkat menerima sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai penghargaan kepada mereka yang berkhidmat dengan baik. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment