SYDNEY – Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd hari ini mengumumkan bersara daripada arena politik iaitu dua bulan selepas digantikan oleh Tony Abbott.
Pemimpin Parti Buruh berusia 55 tahun yang mengetuai pentadbiran Australia sebanyak dua kali dan pernah menjadi Menteri Luar ketika kepimpinan kerajaan di bawah Julia Gillard, akan meninggalkan Parlimen, hujung minggu ini.
“Ini antara perasaan yang paling menyentuh keluarga kami untuk beberapa bulan lalu,” katanya pada sidang Parlimen dalam ucapannya yang penuh emosi. – AFP
0 comments:
Post a Comment