Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mengugut mahu membuat usul memotong gaji Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam di Parlimen berikutan kejadian siling runtuh di Hospital Serdang semalam.

Beliau mendakwa akan meneruskan usul tersebut sekiranya Subramaniam gagal memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kejadian tersebut memandangkan sebanyak dua kejadian siling runtuh berlaku di hospital berkenaan dalam tempoh dua bulan lalu.

“Sekiranya beliau tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, saya akan mengusul untuk memotong gajinya di sidang Parlimen nanti

“Pada 30 September lalu, Hospital Serdang yang menelan kos pembinaan sebanyak RM690 juta melaporkan keruntuhan siling bagi kali yang ketiga. Menteri Kesihatan pada 16 Oktober lalu Jabatan Kerja Raya akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas struktur bangunan Hospital Serdang bagi memastikan ia benar-benar selamat.

“Bagaimanpun sebulan selepas beliau memberi jaminan tersebut, siling Hospital Serdang mengalami keruntuhan buat kali keempat semalam. Adakah beliau tidak tegas supaya membuat pemeriksaan secara terperinci serta menjalankan kerja penyelenggaran yang sewajarnya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching turut mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan untuk mengelak insiden berulang kerana hingga kini orang ramai masih tidak mengetahui punca sebenar keruntuhan siling di Hospital Serdang sama ada ia kerana masalah struktur, reka bentuk atau dari penyelenggaraan.

Media semalam melaporkan bberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang dipetik berkata, runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi.

Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan, termasuk pada 30 September lepas di wad bersalin melibatkan runtuhan siling.

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.

0 comments:

Post a Comment