Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 15, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Konflik antara PAS dan Karpal Singh bertambah tegang apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana secara terang-terangan menipu para pemimpin dan ahli PAS berhubung isu gesaan membatalkan pendaftaran parti itu.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Karpal sebelum inj menafikan beliau membuat gesaan supaya pendaftaran PAS dibatalkan dalam satu medianya baru-baru ini, tetapi siasatan DPPM ke atas rakaman sidang media itu mendapati sebaliknya.

“Kami mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang media Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu dan setelah mendengar dan meneliti rakaman penuh sidang media selama 24 minit 47 saat itum, kami mendapati penafian Karpal bahawa “saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya” adalah satu pembohongan.

“Ia kerana pada minit ke 6:07 rakaman jelas Karpal Singh menyebut “operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS. Pada minit ke 8:40, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the county, how about PAS?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “That was what I said, unfortunately includes PAS”. Pada minit ke 14:02 ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “How to ban all religious and racial political parties, will it go against the freedom of association?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “Freedom of association does not mean that you can have associations which are divisive, I think there must be some limit to what freedom of association can constitute.

“Kritikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas Karpal bahawa “kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat” juga adalah sangat berasas dan sederhana. Ini adalah kerana Pada minit ke 9:10, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right?” jelas Karpal menyebut “They may be part of the Pakatan Rakyat but that does not mean we cannot say things which are in the interest of the country,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Raja Ahmad berkata, DPPM mendesak Karpal supaya menuntut maaf dari PAS kerana menyeru supaya parti dibatalkan pendaftarannya dan memohon maaf kerana membohongi PAS dengan tidak mengakui ada menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya.

Beliau turut menggesa Karpal memohon maaf daripada PAS kerana menyifatkan tindakan pemimpin PAS mengkritik beliau sebagai perbuatan buruk dan tidak matang semasa menafikan membuat gesaan membatalkan pendaftaran parti PAS.

Selain itu, katanya, kepimpinan DAP perlu mengambil tindakan berhubung terhadap Karpal kerana perbuatannya mencabul semangat setiakawan pakatan pembangkang.

“DPPM akan mempertahankan kelangsungan dan kesucian perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik Islam malahan kepada kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita Malaysia sendiri. Kami akan mengambil tindakan susulan seterusnya sekiranya desakan ini gagal dipenuhi,” tegasnya. 

0 comments:

Post a Comment