Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

Kurang tiga jam selepas memuatnaik status di Twitter bahawa dia terlalu mabuk untuk peduli tentang apa pun yang bakal berlaku, seorang wanita melanggar mati dua wanita lain dalam satu kemalangan jalan raya.

Kayla Mendoza, 20, dari Hallandale Beach, Florida menulis “2 drunk 2 care” sebelum memandu dalam keadaan mabuk hingga tersilap memasuki laluan bertentangan di Sawgrass Expressway.

Kereta Hyundai Sonata yang dipandu Kayla kemudiannya merempuh Toyota Camry dinaiki Marisa Catronio, 21, dan rakannya, Kaitlyn Ferrante, 20.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, Marisa mati serta merta di tempat kejadian manakala Kaitlyn meninggal dunia di hospital.

Siasatan mendapati Kayla yang menggelar dirinya “Pothead Princess” memang kaki mabuk malah dia sering berkongsi pengalaman mengambil alkohol dan dadah di laman Twitter.

Hingga kini Kayla masih berada dalam keadaan kritikal namun sekiranya dia terselamat, tentu banyak pengajaran yang boleh diambilnya daripada insiden yang telah berlaku ini. - REM RAMZI





Gadis yang dilanggar Kayla sampai mati:



0 comments:

Post a Comment