Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

Setiausaha Kerja 1 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Raja Mohamad Faizal Raja Mohamad Anuar menjelaskan persatuan itu masih berjalan seperti biasa dan akan diuruskan oleh beliau serta pembantunya, Juliza Mazlan.

“Keputusan mahkamah itu hanya melibatkan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik semasa AGM ke-14 telah dibatalkan buat sementara waktu.

“Ini bermakna segala urusan pendaftaran ahli, urusan pejabat dan pentadbiran serta status Persatuan Seniman Malaysia masih sah untuk berjalan seperti biasa walaupun tanpa AJK Seniman yang dilantik,” jelas Raja dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) hari ini.


Raja terpanggil untuk membuat penjelasan tersebut ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Mesyuarat Agung (AGM) ke-14 Seniman yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu terbatal dan tidak sah.

Selain membatalkan AGM Seniman ke-14, mahkamah turut memerintahkan supaya AGM Seniman ke-14 diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh penghakiman iaitu 21 November 2013.

Dalam pada itu, Zed yang akur dengan keputusan mahkamah dilihat bersedia untuk bertanding semula sebagai presiden persatuan itu jika diberi peluang.

“Agenda saya besar dalam persatuan. Saya nak angkat persatuan ini ke tahap lebih tinggi supaya orang hormat artis-artis di Malaysia ini sebab ada orang yang pandang artis kita ni sebelah mata je.

“Banyak isu-isu negatif yang dipandang oleh orang ramai. Sebaliknya kita ni banyak berjasa kepada negara,” kata Zed dalam nada sebak.

Seniwati Mariani yang turut sama hadir memberi sokongan kepada kepimpinan Zed melihat Zed adalah antara presiden yang terbaik yang pernah menaungi Seniman.

“Saya dulu tak suka Zed ni bila dia jadi presiden, tapi hari demi hari dia membuktikan dia boleh pikul tanggungjawab dan berkhidmat untuk ahli,” ujar Mariani.

Apa pun yang terjadi, sama-sama kita nantikan Mesyuarat Agung Seniman ke-14 yang bakal dipantau oleh Pendaftar Persatuan Malaysia (ROS) dalam tempoh dua bulan dari tarikh penghakiman.

0 comments:

Post a Comment