Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

JARINGAN Orang Asli (JOAP) meminta kenyataan seorang pegawai kanan di bahagian penguatkuasaan Jabatan Perhilitan disiasat kerana mendakwa masyarakat Orang Asli sama dengan haiwan.

Pegawai daripada Taman negara Kuala Krau itu didakwa menulis di laman sosial Facebook “OA (Orang Asli) jangan jadi ibarat haiwan, merayau di situ ada hutan, di situ tanah mereka,”.

Kakitangan itu dikatakan mempertahankan tindakan kerajaan meletakkan pagar berdawai sepanjang Sungai Krau untuk keselamatan hidupan liar di taman negara itu.

Masyakarat Orang Asli bagaimanapun melihat langkah itu menjejaskan kehidupan mereka.

“Saya amat kecewa dengan kenyataan tersebut, seoalah-olah Orang Asli bukan manusia…,” kata seorang tok batin yang dikenali sebagai Mhd Kuang dalam kenyataan daripada JOAP hari ini.

Beliau malah membangkitkan soal pendudukan di kawasan itu yang mana sebelum Perhilitan, Orang Asli sudah lama menduduki kawasan itu.

“Kita yang memberi nama bukit-bukit dan gunung (di hutan) tetapi mengapa Perhilitan cakap macam itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment