Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

MELAKA – Polis Melaka sedang memburu empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes samun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis dan imigresen membabitkan kerugian RM21,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata semua lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia lingkungan 26 hingga 32 tahun itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai anggota penguat kuasa untuk melakukan siasatan di rumah mangsa sebelum mengikat dan menyamun mereka.

Beliau berkata kes pertama membabitkan lima wanita warga Indonesia berusia sekitar 25 hingga 32 tahun di sebuah unit pangsapuri di Bachang Jaya pada Rabu lepas yang mengalami kerugian RM6,000.

“Ketika kejadian semua wanita berkenaan berada di rumah dan didatangi empat lelaki berpakaian biasa yang menyamar anggota polis untuk melakukan pemeriksaan air kencing ke atas semua mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata semua lelaki terbabit kemudian bertindak masuk ke rumah pekerja kilang itu sebelum mengikat dan mengurung mereka di dalam bilik.

Raja Shahrom berkata suspek merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang dianggarkan bernilai RM6,000 sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Wira berwarna putih.

Katanya kejadian kedua pula melibatkan tujuh lelaki warga Indonesia yang disamun empat lelaki dipercayai kumpulan sama yang menyamar anggota imigresen di sebuah rumah di Taman Muzaffar Syah Ayer Keroh pada 9.25 malam hari sama.

Beliau berkata dalam kejadian itu, empat lelaki datang ke rumah mangsa dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan sebelum mengikat dan mengurung semua mangsa di dalam bilik.

“Kumpulan itu kemudian melarikan 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM1,000 milik kesemua mangsa. Kerugian dianggarkan RM15,000,” katanya.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan empat lelaki itu diminta tampil membantu siasatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment