Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

Jakarta – Tentera Indonesia menghentikan latihan ketenteraan bersama Australia dan menggantung kerjasama kedua-dua negara berikutan dakwaan mengintip panggilan telefon presiden, isteri beliau dan menteri negara itu, manakala penunjuk perasaan yang marah mengisytiharkan bahawa mereka ‘bersedia untuk berperang’ dengan Canberra.

Krisis itu dicetuskan laporan bahawa pengintip Australia cuba mencuri dengar panggilan telefon Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, isterinya dan menteri, menolak hubungan antara Jakarta dan Canberra ke tahap paling rendah sejak awal abad ini.

Jakarta memanggil balik dutanya dari Canberra dan Susilo kelmarin, mengarahkan kerjasama digantung di beberapa bidang termasuk penyeludupan manusia, latihan ketenteraan dan perkongsian risikan.

Bercakap beberapa jam selepas Susilo membuat pengumuman, Ketua Tentera Moeldoko berkata, dua latihan terkini dengan Australia dihentikan.

“Apa gunanya latihan bersama apabila mereka tidak percayakan kami?” katanya.

Beliau berkata, latihan bersama di bandar utara Australia di Darwin yang dijangka tamat Ahad ini, dihentikan dan enam jet pejuang F-16 yang mengambil bahagian akan kembali ke Indonesia.

Katanya, satu latihan bersama pasukan khas tentera Indonesia, Kopassus di Lembang wilayah Jawa Barat, juga digantung.

Bantahan orang awam

Kemarahan berhubung dakwaan pengintipan itu melimpah kepada orang awam di sini, di mana penunjuk perasaan memakai seragam alatentera membantah di luar kedutaan Australia, menunjukkan penumbuk ke udara dan mengibarkan bendera Indonesia.

“Kami sedia berperang dengan Australia,” yang ditulis pada satu daripada kain rentang dikibarkan 100 penunjuk perasaan, menggunakan cat merah. – AFP

0 comments:

Post a Comment