Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

TITAH Sultan Johor untuk menggantikan cuti rehat hujung minggu di negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu berbeza dari Sabtu dan Ahad sebelum ini disambut oleh reaksi berbeza oleh beberapa pengguna laman sosial.

Dua individu bukan berbangsa Melayu dikesan mendakwa keputusan yang diumumkan baginda sebagai bodoh dan mereka berasa sungguh sedih dan kecewa.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Alarhum Sultan Iskandar membuat pengumuman itu sempena ulang tahun baginda yang ke-55.

Hari cuti rehat baru itu akan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Sebelum tahun 1994, cuti bagi negeri Johor memanglah pada Jumaat dan Sabtu.

“Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman,” titah baginda.

Dua individu yang mempertikai keputusan Sultan Ibrahim ialah individu yang memiliki akaun Facebook dengan nama Paul John Vincent dan juga Amuthan Amu.

Antara komen yang diberikan oleh Paul ialah mereka tidak boleh berkata apa-apa kerana dalam sebuah negara Islam tiada demokrasi.

Golongan seperti ini biasada sejenis spesis manusia yang tidak boleh menerima hakikat apabila rutin mingguan mereka yang diamalkan selama ini tiba-tiba ditukar bukan dengan kehendak mereka.

0 comments:

Post a Comment