Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

TIDAK dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh pembantu rumah warga Ethiopia sebuah keluarga di Arab Saudi yang didera oleh majikannya ini.

Bukan seorang, tapi hampir kesemua ahli keluarga itu bertindak menggantungnya secara terbalik sebelum menyebatnya dengan rotan secara bergilir-gilir.

Gadis itu dirakam menjerit kesakitan dengan tubuh yang berdarah akibat penderaan itu. Entah apa salahnya sampai begitu sekali dia dilayan.

Perbuatan kejam dalam Video yang tersebar melalui laman web LiveLeak.com itu bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di sana, sebaliknya kerap terjadi.

Kebanyakan pekerja bukan Eropah yang bekerja di sana dilayan umpama hamba dan dinafikan hak kemanusiaan mereka.

Lebih malang lagi, ada yang turut dibayar dengan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan beban kerja yang dilakukan.

Pendek kata, begitulah manusia bila sudah merasa terlalu bongkak dengan kekayaan yang dimiliki dan merasakan segalanya mereka yang punya.


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment