Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 16, 2013

No Comment

THE HAGUE – Dua wanita warga Ecuador ditangkap di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam selepas mereka cuba menyeludup masuk wang tunai sebanyak 400,000 euro (RM17.3 juta), menurut polis Belanda kelmarin.

Kedua-dua mereka cuba untuk menelan sebahagian wang itu bagi mengelak dikesan polis kawalan sempadan.

Jurucakap polis Belanda, Alfred Ellwanger berkata, kedua-dua wanita yang berusia 38 dan 39 tahun itu ditangkap pada hujung minggu lalu sejurus tiba dari Madrid, Sepanyol.

Bagaimanapun, sistem pengesan di lapangan terbang berjaya mengesan wang tunai sebanyak 8,000 euro (RM34, 600) di dalam beg yang dibawa mereka sehingga memaksa badan mereka diperiksa.

“Saya tidak mahu terangkan secara terperinci tentang bagaimana duit itu disembunyikan,” kata Ellwanger kepada pemberita.

Siasatan lanjut mendapati, wanita tersebut telah menelan mata wang kertas itu.

Sejumlah wang kertas itu digulung ke dalam pita selofan

sepanjang 4.5 sentimeter.

Ia mengambil masa selama beberapa hari untuk mengeluarkan pita itu semula.

Menurut jurucakap polis tersebut, kedua-dua wanita itu kini ditahan untuk siasatan. – AFP

0 comments:

Post a Comment