Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

PADANG BESAR – Dua pelajar yang sedang berkelah di kawasan perkelahan Bukit Jernih dekat sini ditemui lemas di sebatang sungai dalam kawasan perkelahan itu semalam.

Mangsa dikenali sebagai Zalika Izzati Johari, 15, dan sepupunya Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid yang berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Che Man Md Dros yang dihubungi Bernama berkata kejadian dilaporkan berlaku pukul 4 petang, kira-kira dua jam selepas kedua-dua mereka tiba di kawasan perkelahan itu.

Kedua-dua kanak-kanak yang berasal dari Kedah itu dikatakan sedang bercuti di rumah datuk mereka di Guar Medang Gatal sebelum ke Bukit Jernih yang terletak berhampiran untuk mandi-manda di sebatang sungai di situ.

Zalika Izzati, yang menetap di Kodiang, Kedah adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang manakala Mohd Afiq Aiman yang menetap di Taman Simpang Jaya, Alor Setar adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat, Kedah.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment