Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

SANDAKAN – Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) Kem Sri Kinabatangan di sini menjadikan aktiviti jiwa murni dan kerja amal sebagai pendekatan terbaik untuk mendekati masyarakat di daerah ini.

Pegawai Memerintahnya Lt Kol Asri Shukor berkata selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat, pelaksanaan aktiviti amal seumpama ini juga mampu memupuk budaya kesukarelawan khususnya di kalangan anggota.

“Apa yang kita harapkan di samping menjadi benteng pertahanan negara, RAMD juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial khususnya kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program jiwa murni 22 RAMD di rumah warga tua Sri Harapan di sini hari ini.

Menurut Asri program seumpama itu juga mampu mendidik serta mengingatkan pegawai dan anggota RAMD khususnya agar menjadi contoh kepada belia dan masyarakat untuk sentiasa menghargai golongan yang memerlukan.

Sekurang-kurangnya golongan warga tua merasa dihargai, tidak dipinggirkan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, katanya.

Pada majlis itu, Asri turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai untuk kegunaan dan kemudahan rumah warga tua Sri Harapan kepada Penguasa rumah berkenaan, Rohainah Abbas.

Sejumlah 17 pegawai dan 43 anggota menjayakan program jiwa murni 22 RAMD dengan membersihkan kawasan, memotong rumput dan mengecat dinding rumah warga tua itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment