Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

BAGI peminat drama bersiri Love You Mr Arrogant yang pernah disiarkan di TV3 sebelum ini, pasti wajah pelakon Keith Foo masih melekat di ingatan.

Pelakon yang mencipta nama di Indonesia ini ternyata mampu membuatkan para gadis di luar sana cair dengan kekacakan dan ketampanannya.

Tapi, janganlah berangan melampau-lampau ya kerana hati Keith sudah pun dimiliki oleh seorang gadis yang juga pelajar jurusan fesyen sejak enam bulan lalu, memetik laporan OHBULAN!.

“Saya kenal dengannya dah sepuluh tahun, tapi lepas tu kami terputus hubungan. Jumpa balik pun menerusi Facebook dan saya pergi pertunjukkan fesyen yang dia buat masa saya baru balik Malaysia. Sejak dari tu, kami jadi rapat semula,” ujarnya.

Ditebak mengenai soal perkahwinan, pelakon ini mahu kekasihnya itu menghabiskan pengajiannya sekitar dua tahun lagi sebelum melangkah ke fasa tersebut.

Kepada peminat Keith, dia akan muncul sekali lagi dalam slot Akasia, kali ini dengan drama bersiri baru iaitu Ariana Rose dengan memegang watak utama bersama Nur Fathia.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment