Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menyelesaikan 91.4 peratus atau 8,907 kes daripada 9,713 aduan yang diterima sepanjang tahun ini hingga Khamis lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Mahani Tan Abdullah berkata sementara 806 kes lagi, atau 8.3 peratus masih dalam tindakan BPA.

“Aduan mengenai kelewatan ataupun tiada tindakan yang diambil antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 50 peratus, kualiti perkhidmatan tidak memuaskan sebanyak 12.6 peratus, kegagalan penguatkuasaan (9 peratus), kekurangan kemudahan awam (8.8 peratus) dan aduan ke atas tindakan tidak adil (6.7 peratus), manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada lain-lain aduan.

“Daripada jumlah aduan yang diterima di seluruh negara, 6,080 aduan ataupun 63 peratus adalah terhadap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan, manakala 3,633 ataupun 37 peratus adalah aduan terhadap kerajaan negeri,” katanya semasa berucap di Program Mesra Rakyat BPA Tahun 2013 Daerah Petaling di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat BPA Tan Sri Abdul Halim Ali, Anggota Lembaga Penasihat BPA Datuk N. Siva Subramaniam dan Pengarah Aduan Awam Majlis Bandaraya Petaling jaya Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin.

Sementara itu, Mahani ketika ditemui pemberita berkata Program Mesra Rakyat yang merangkumi sesi dialog bersama penduduk setempat merupakan usaha BPA untuk memberi peluang kepada rakyat mengutarakan aduan secara bersemuka, selain berinteraksi bersama mereka.

“Sebanyak 24 soalan daripada penduduk setempat telah dikumpulkan menerusi sesi dialog ini dan kami akan menyalurkannya kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Katanya, lebih daripada 20 jabatan kerajaan, pihak berkuasa serta badan berkanun telah mengambil bahagian dalam sesi dialog bersama penduduk antaranya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment