Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

LUNDU (Sarawak) – Tindakan pantas pasukan mencari dan menyelamat berjaya menyelamatkan lapan orang penumpang dan juragan sebuah bot yang karam dekat Sematan, sebuah pekan berdekatan sempadan Malaysia-Indonesian di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari sewaktu bot berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sematan ke Telok Melano dalam keadaan laut bergelora.

“Pihak polis IPD Lundu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan serta merta degan bantuan dari Jabatan Bomba dan penduduk tempatan,” katanya semasa dihubungi.

Menurutnya kesemua mangsa berjaya diselamatkan menjelang pukul 2.00 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sematan untuk pemeriksaan lanjut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment