Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

SEKITAR minggu ini, peminat Jennifer Aniston dikejutkan dengan ‘tindakan’ pelakon itu membotakkan kepalanya.

Apa tidaknya, rambut perang pelakon itu merupakan aset yang cukup mahal sejak dari dulu lagi.

Gambar dengan imej botak tersebut disebarkan melalui sebuah akaun Facebook dengan kenyataan bahawa ia dilakukan sebagai tanda sokongannya terhadap anak saudaranya yang menghidap kanser.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya menarik nafas lega apabila gambar terbaru Jeniffer sewaktu menyambut Krismas disiarkan dan dia masih mempunyai rambut!


Rupa-rupanya, akaun Facebook tersebut adalah palsu dan gambar tersebut telah diubahsuai menggunakan teknik Photoshop.


Tidak lama selepas itu, akaun tersebut ditutup dan Jennifer sendiri menafikan perkara itu menerusi Jared.com. Macam-macam hal…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment