Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment
Abu Syafiq menunjukkan salah satu buku ajaran sesat yang diedarkan secara percuma di masjid dan surau.

KUANTAN  -  Sebanyak 81 kumpulan ajaran sesat dikesan di seluruh negara manakala lima dikenal pasti bergerak secara aktif, kata Pengerusi Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Abu Syafiq Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Beliau berkata,  beberapa kumpulan dikenal pasti aktif dan mereka termasuk al-Arqam.

Menurutnya, kesemua kumpulan itu aktif di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Johor, Perak dan Selangor.

“Penyebaran ajaran sesat ini sukar dikenal pasti melalui peribadi, namun kita boleh tahu berdasarkan tingkah laku dan amalan yang dilakukan.

“Malah kini penyebaran ajaran tersebut semakin menular melalui media sosial seperti blog dan laman web yang sering menjadi tumpuan golongan muda terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya selepas Program Ceramah Kelebihan Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) daerah Kuantan, di sini, semalam.

Abu Syafiq berkata, pihak berkuasa perlu meletakkan beberapa garis panduan terutama membabitkan penceramah yang dipilih memberikan ceramah.

“Sekarang banyak majlis ilmu menjelaskan bahaya Syiah, namun kebanyakan penceramah terdiri daripada mereka yang mengikuti fahaman tertentu,” katanya.

Selain itu katanya, Pahang perlu mengikuti tindakan Johor dan Pulau Pinang yang melarang perbuatan membidaah amalan umat Islam yang mempunyai dalil.

Pada majlis itu, LKPIM Kuantan menggariskan lima resolusi pemurnian akidah iaitu mahu pihak berkuasa agama menyediakan modul kitab pengajian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di masjid dan surau bagi menangani bahaya dan ancaman ajaran sesat.

Selain itu, resolusi itu juga mahu fatwa jelas berkaitan fahaman yang semakin menular terutama dalam isu bidaah.

“Kita juga mahu pihak berkuasa memantau penularan ajaran sesat di IPT di samping memperbanyakkan program memantapkan akidah umat Islam.

“Kita juga harap pendakwah ajaran melampau dihalang menyampaikan ajaran mereka sebaliknya memperbanyakkan tokoh ilmuwan terdiri daripada ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya. - Sinar Online

0 comments:

Post a Comment