Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment
Jalaluddin menandatangani plak sempena perasmian Balai Polis Komuniti di RTC semalam, sambil diperhatikan Mazlan (kanan) dan Azham (tengah). - FOTO: KHIRU SHALEH ABDULLAH


KOTA BHARU - Jenayah seksual di Kelantan amat meruncing berikutan kes berkenaan mencatat hampir 200 kes di negeri ini yang melibatkan remaja berusia 12 hingga 16 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perlakuan itu melibatkan golongan remaja memandangkan mereka mudah terpengaruh.

“Faktor ingin mencuba untuk mendapatkan keseronokan tanpa memikirkan kesan dan akibat, punca mereka terjebak dalam perlakuan tidak bermoral.

“Ramai remaja di negeri ini mudah terdorong melakukan jenayah seksual, akibat pengaruh pil kuda,” katanya pada sidang media di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Balai Polis Komuniti di RTC, Tunjong, di sini.

Balai yang beroperasi 24 jam itu menyediakan perkhidmatan seperti balai lain, bagi memudahkan peniaga dan orang ramai di kawasan sekitar bertemu polis dan melaporkan aduan jenayah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah  Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman.

Sementara itu Jalaluddin berkata, semua pihak memainkan peranan bagi membanteras gejala berkenaan agar remaja tidak terus hanyut dalam kancah tidak bermoral yang menjadi penyumbang utama jenayah di negeri ini.

“Isu ini perlu diberi perhatian serius. Jika mereka terlibat penagihan pil kuda, mereka tergolong dalam jenayah tiga serangkai yang juga melibatkan kes curi kenderaan termasuk kereta dan motosikal dan terdorong melakukan jenayah seksual (rogol),” katanya.

0 comments:

Post a Comment