Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment
Pihak berkuasa terpaksa menyembur air ke arah penyokong Baju Merah yang cuba untuk merobohkan sekatan di pekarangan Rumah Kerajaan, semalam. Foto: EPA

BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa, semalam terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air ke arah kumpulan Baju Kuning selepas mereka cuba menyerbu Rumah Kerajaan dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Kumpulan penunjuk perasaan itu bertindak ganas dengan merempuh sekatan yang dibina di luar pekarangan dan pintu masuk premis tersebut, di mana ia turut menempatkan pejabat pemimpin terbabit.

Beberapa kawasan lain turut dikenakan tindakan sama oleh polis selepas kumpulan Baju Kuning pimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban mula mencetuskan huru-hara.

Menurut AFP, ketika kejadian, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu dilaporkan sempat dibawa keluar dengan selamat dan dihantar ke satu lokasi rahsia.

Difahamkan, ketegangan semakin memuncak selepas keganasan tercetus di sekitar stadium yang menjadi lokasi perhimpunan puluhan ribu penyokong prokerajaan iaitu kumpulan Baju Merah.

Kumpulan antikerajaan tersebut didakwa bertempur dengan penyokong Baju Merah yang mahu menyertai perhimpunan menyokong pemerintahan Yingluck di daerah Ramkhamhaeng.

Jurucakap pusat kecemasan bandar Erawan memaklumkan, empat disahkan maut manakala 57 cedera dalam insiden ganas terbabit yang pertama kali dilaporkan selepas protes aman tercetus sejak sebulan lalu.

Susulan daripada kejadian itu, kumpulan Baju Merah memutuskan untuk menamatkan perhimpunan tersebut bagi meredakan situasi yang semakin meruncing di negara terbabit.

"Kami terpaksa pulang kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan," kata pemimpin Baju Merah, Thida Thavornseth.

Dalam perkembangan lain, lebih 2,700 anggota keselamatan ditempatkan di Bangkok bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan ibu negara tersebut.- Sinar Online

0 comments:

Post a Comment