Kaherah – Aktres terkenal Mesir, Ghada Abdel Razek telah mengkritik ulama tersohor Islam, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dengan melabelkannya sebagai `pengganas’` kerana meletak jawatan daripada Lembaga Ulama Kanan al-Azhar.
Ia susulan pendirian Qaradawi yang menentang lembaga itu selepas ia menyokong pemberontakan ke atas bekas Presiden, Mohamed Mursi.
Ghada mengecam Qaradawi dalam akaun Instagramnya.
“Pengganas yang menghasut pembunuhan penduduk Mesir dan beliau tidak memiliki kerakyatan Mesir. Dia adalah rakyat Qatar…seseorang perlu memberitahunya bahawa dia adalah pengkhianat,’’ demikian tulisan Ghada yang turut memuat naik gambar Qaradawi.
Ghada yang baru-baru ini dinamakan sebagai aktres terbaik negara Arab turut memuji pemimpin tentera, Jeneral Abdel Fattah el-Sisi dengan komen `kepada yang dikasihi….tentera yang hebat. Tiada siapa boleh mengalahkan Mesir.
Kecaman Ghada ke atas Qaradawi itu telah membangkitkan kemarahan banyak pihak, malah ada yang menggelarnya sebagai pelacur.
Qaradawi sebelum ini menyifatkan pemberontakan di Mesir sebagai tidak sah dan salah, kerana tidak berlandaskan al-Quran dan Sunah.
Selepas mengumumkan perletakan jawatan daripada lembaga berkenaan, beliau telah mengkritik Imam Besar Imam Besar al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dan lembaga tersebut kerana menyalah guna kuasa yang ada dengan menyokong tentera.
0 comments:
Post a Comment