Seorang remaja lelaki dari Bilborough, Nottinghamshire, England berasa sedih, malu dan tertipu apabila mengeluarkan wang sebanyak £450 (RM2368) semata-mata untuk mendapat sekeping gambar Xbox One.
Peter Clatworthy, 19, mendakwa dia telah menyimpan duit sepanjang tahun ini untuk membeli konsol Microsoft terbabit untuk anak lelakinya yang berusia 4 tahun tapi terkejut apabila bungkusan yang diterima adalah gambar, bukan Xbox One yang diimpikan.
Tambah menyakitkan hati, di bahagian belakang gambar yang diterima terdapat ucapan terima kasih sebab sudi membeli.
Setelah diperiksa betul-betul, barulah Clatworthy menyedari iklan jualan produk itu di eBay adalah ‘Xbox One Fifa Day One Edition, Photo Brand New UK 2013′ walaupun berada dalam kategori ‘video games and consoles’.
Walaupun eBay membayar balik duit Clatworthy, dia tetap bercadang untuk mengambil tindakan kerana berasa telah dikelirukan sebagai pengguna.
Lebih teruk lagi, kejadian ini membuatkan dia diejek dan diketawakan oleh kawan-kawan dan keluarga termasuk adik dan ibunya.
0 comments:
Post a Comment