Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

Semua sedia maklum akan hubungan yang terjalin di antara aktor kacak Kamal Adli dengan aktres cantik manis, Intan Ladyana.

Seperti orang lain, mereka juga berharap hubungan yang terjalin sejak empat tahun lalu berakhir dengan pengakhiran yang baik.

Namun, Kamal menyatakan dia masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami selain belum sampai seru untuknya mendirikan rumah tangga.

“Sama ada saya atuupun Intan, sudah pasti kami tidak mahu bercinta saja sampai ke tua. Bagaimanapun, buat masa ini berilah kami berdua peluang untuk memantapkan karier seni diceburi ini.

“Ditambah lagi, terus terang saya katakan diri masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Kamal juga mendedahkan Intan tidak pernah memaksa atau mendesaknya untuk segera berkahwin sebaliknya sangat memahami dirinya.

Pelakon berusia 27 tahun ini juga mengharapkan selepas ini kisah mengenai kerjayanya sahaja yang diberi perhatian kerana ingin dirinya dikenali kerana bakat yang ada selain daripada kisah peribadinya menghiasi dada-dada akhbar tempatan.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment