Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

LONDON – Baru berusia empat tahun, namun Sherwyn Sarabi memiliki IQ sama dengan Albert Einstein, Bill Gates dan Stephen Hawking selepas bacaan IQ budak ini adalah 160.

Menurut pakar, Dr Peter Congdon , IQ setinggi itu bagi seorang budak berusia empat tahun, menunjukkan bahawa Sarabi amat bijak.

“Sarabi memiliki kebijaksanaan yang tinggi hinggakan ia mencecah tahap paling tinggi. Anda tidak akan percaya bahawa kanak-kanak ini bercakap, kerana percakapannya umpama orang dewasa.

“Saya pakar dalam mengesan kanak-kanak berbakat dan apabila saya menguji Sarabi, saya tahu dia amat istimewa,’’ katanya.

Sarabu menyertai kelab Mensa ketika berusia tiga tahun.

Pada usia 10 bulan, dia sudah boleh bercakap beberapa perkataan dan bercakap dengan ayat penuh pada usia 20 bulan hingga mengagumkan ibu bapa, guru-guru serta doktor.

Ketika kanak-kanak seusia Sarabi masih belum bersekolah, dia pula sudah belajar di kelas kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun di Rastrick Independent School, Huddersfield.

Dalam pada itu, ibu Sherwyn, Amanda Sarabi, 37, yang juga seorang bekas guru berkata, anaknya itu suka bercakap.

“Dia akan menyoal segala benda dan saya terpaksa menyediakan jawapan yang terbaik untuknya,’’ katanya.

Sarabi yang merupakan anak tunggal telah membaca 940 buku dan buku kegemarannya adalah encyclopaedia.

0 comments:

Post a Comment