Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Tiga penumpang mengalami kecederaan selepas bas yang dinaiki merempuh dinding sebuah rumah kedai di Jalan Pudu di sini.

Kejadian berlaku di Jalan Pudu kira-kira pukul 7 petang Jumaat berikutan hujan lebat yang mengakibatkan jalan licin.

Menurut saksi kejadian, sebuah bas Rapid KL sedang bergerak di sepanjang Jalan Pudu apabila ia tiba-tiba hilang kawalan, terbabas dan merempuh kedai.

Ketiga-tiga orang yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Azizan Ismail berkata anggota bomba tiba di tempat kejadian dan memberikan rawatan kepada tiga mangsa yang merupakan seorang lelaki dalam usia 50-an dan dua wanita dalam usia 40-an. – mStar

0 comments:

Post a Comment