Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

CHONGQING – China dikejutkan dengan kes bunuh melibatkan seorang budak perempuan berusia 10 tahun.

Dia telah bertindak kejam dengan memijak dan memukul seorang kanak-kanak berusia dua tahun sebelum melemparnya dari tingkat 25.

Kejadian berlaku selepas kanak-kanak malang itu, dikenali sebagai Yuanyuan telah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh ibunya di dalam lif bersama budak perempuan berkenaan.

Ibu Yuanyuan ketika itu sedang membawa basikal milik Yuanyuan keluar daripada lif terbabit apabila pintu lif tertutup secara tiba-tiba.

Rakaman CCTV di dalam lif itu menunjukkan budak perempuan tersebut, pada mulanya mendukung Yuanyuan.

Namun dia kemudiannya meletakkan Yuanyuan di atas lantai sebelum menendang dan memijak kanak-kanak itu berulang kali.

Selepas pintu lif terbuka di tingkat 25, Yuanyuan telah ditarik keluar dan dilempar dari tingkat 25.

Yuanyuan yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital, namun gagal diselamatkan.

Tidak diketahui sama ada budak perempuan itu menetap di situ atau mengenali keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment