Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

Siapa sangka, satu ketika dahulu, pemilik nama, Aunur Rofiq Lil Firdaus, ini, hanyalah penyanyi picisan yang berhaluan kiri.

Bukan sahaja lebih selesa menggunakan lagu sebagai tanda protes terhadap pemerintah, malah figura berimej serban, Opick, 39, ini juga adalah bekas penyanyi rock ketika di awal kemunculan pada 1997.

Menggunakan kumpulan, Timor Band, sebagai platform dalam menyampaikan lagu-lagu bernada protes, Opick juga mengakui dirinya pernah turut dikelilingi rakan-rakan yang hidup dalam gejala negatif termasuk pengaruh dadah.

Namun, itu hanyalah dunia 'sisi gelap' yang ditinggalkan Opick lebih tujuh tahun lalu.

Bangkit dan menyedari dirinya memerlukan perubahan, pertemuan singkat bersama seorang ustaz berjaya mengubah hala tuju kehidupannya.

"Tujuh tahun lalu, kehidupan saya jauh berbeza dari sekarang. Saat pertemuan bersama ustaz itu, saya disuruh beristighfar.

"Bermula detik itu, saya nekad melakukan perubahan sehinggalah berjaya menghasilkan album ketuhanan pertama, Istighfar pada 2005.

"Alhamdulillah, percaturan dan hijrah saya memberi kejayaan luar biasa apabila ia mendapat sambutan daripada masyarakat Indonesia," katanya yang mengakui beruntung kerana mendapat hidayah pada usia itu.

Sehingga kini, selepas Istighfar, Opick memiliki lapan album termasuk Semesta Bertasbih pada 2006, Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit Mu (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best of Opick (2011), Salam Ya Rosulullah (2012) dan Ya Maulana (2013).

Album Ya Mulana yang baharu sahaja dilancarkan pada Julai lalu turut memuatkan beberapa lagu hit termasuk Ku Tak Pernah Layak, Berapa Jarak, Ajari Aku, Ya Robbana, Tenang, Tanpa Dirimu, Terima Kasih Ayah, Aku Percaya dan Ya Muhammad Ya Rasulullah.

Kebanyakan lagunya mendapat sambutan menggalakkan, bukan sahaja di negara kelahirannya, malah turut menghiasi halwa telinga masyarakat di Malaysia.


Hati perlu ikhlas

Tidak pernah menduga dan menyasarkan kelompok masyarakat terhadap lagu-lagu ketuhanan, pada awalnya Opick merasakan lagu sedemikian kurang mendapat perhatian di kalangan peminat.

Namun, sangkaan Opick nyata berbeza apabila lagu religi yang dibawakan berjaya menembusi pasaran serta memikat hati pendengar.

"Saya fikir, percaturan saya dalam memperjuangkan lagu-lagu ketuhanan sangat sukar dan memerlukan banyak kesabaran.

"Namun, apa yang saya lihat, konsep ini berjaya dan tentunya ia memberi banyak keberkatan kepada saya secara tidak langsung.

"Malah, saya bukan hanya menyanyi semata-mata untuk menghiburkan orang. Dalam masa yang sama, ianya menjadi doa dan nasihat buat saya dan juga pendengar," katanya yang turut memiliki kelompok peminat tersendiri di Malaysia.

Tambah Opick, sebagai individu yang berdakwah menerusi medium seni, dia berbesar hati untuk menghasilkan karya dengan cara yang ikhlas.

"Apa jua yang saya lakukan, saya menzahirkannya secara ikhlas. Jadi, jika lagu mendapat sambutan dan album pula laku, ia adalah kejayaan dan bonus buat saya," kata penulis lirik lagu, Dealova, ini.

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Opick juga pernah terlibat dalam iklan termasuk Indomie, Hemaviton, Segar Dingin, Bank BII Syariah dan KFC.

0 comments:

Post a Comment