KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di lantai bawah sebuah lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di ibunegara semalam.
Mayat wanita itu yang hanya dikenali sebagai Gaurima, 62, seorang pekerja sapu sampah di sekitar flat tersebut, ditemui pukul 7.30 malam selepas penghuni di flat itu tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari lif terbabit.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata seorang anggota Rela melakukan pemeriksaan di lif tersebut sebelum menemui mayat wanita itu yang sudah reput dan patah kaki.
Jurucakap polis ketika dihubungi Bernama berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sehingga memperoleh laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
Sementara itu, proses pengecaman yang dilakukan seorang lelaki mendapati wanita itu adalah sepupunya.
“Adik mangsa beritahu saya, kakaknya hilang sejak tiga hari lepas dan saya memang syak wanita itu adalah kakaknya,” katanya.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah lif,” katanya. – Foto Jabatan Bomba Wilayah
0 comments:
Post a Comment