Selepas mendirikan rumah tangga pada 10 November lalu, baru kini pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim berkesempatan berbulan madu bersama-sama.
Pasangan sama cantik sama padan ini terlebih dahulu ke Dubai sebelum pusing ke seluruh Eropah untuk menghabiskan percutian honeymoon mereka.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan Fizo di Instagramnya dapat dilihat percutian mereka turut disertai oleh keluarga mertua Fizo.
Semoga masjid yang dibina mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang dapat membahagiakan lagi ikatan kasih di antara kedua-duanya.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment