Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

One Comment

HTC terpaksa akur apabila mahkamah UK memutuskan siri HTC One Mini tidak boleh dijual di sana kerana melanggar paten Nokia.

Maka bermula esok, kesemua telefon bimbit HTC siri  tersebut tidak lagi boleh dijual di sana.

30 Oktober lalu, Nokia meminta injuksi menerusi nombor Paten Eropah 0998024, mendakwa beberapa peranti HTC termasuk HTC One, One Mini, One Max, 8S dan Desire 601 menyamai telefon bimbit Nokia.

HTC menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perintah ini dengan menyatakan, ia satu ‘bencana’ kepada jualan telefon bimbit mereka di UK memandangkan HTC One merupakan produk Android perdana mereka di sana.

Pengeluar telefon bimbit dari Taiwan ini bagaimanapun diberi tempoh hingga 6 Disember depan untuk membuat rayuan oleh mahkamah. – REM RAMZI

Sumber: thenextweb.com

1 comments:

  1. jom buat duit tanpa modal...
    http://www.clixsense.com/?6019135

    ReplyDelete