Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

SITI Aishah telah menulis sesuatu kepada kakaknya Kamar Mahtum ketika pertemuan rahsia di London untuk keluarganya di tanah air atas permintaan kakaknya itu sebagai bukti kakaknya telah bertemunya.

Menurut Kamar Mahtum dalam satu temubual dengan The Telegraph UK, permintaan itu dizahirkan kerana mereka tidak boleh merakamkan gambar atau video adiknya itu ketika pertemuan rahsia diadakan.

“Saya katakan, tulis sesuatu untuk orang-orang di rumah yang saya telah bertemu awak, kerana kami tidak dibenarkan mengeluarkan apa jenis imej atau foto dan kemudian, dia menulis.

“Dia (Aishah) amat bergembira bertemu saya, dia kata dia akan kembali ke Malaysia dia ada berkata yang dia rindukan semua orang di Malaysia yang mengenalinya dan dia ucapkan selamat tinggal,” katanya.

Menurut Kamar Mahtum, beliau mengambil kata-kata dalam tulisan itu sebagai satu tindakan positif.

“Dia bersalam dengan saya dan kami berpeluk seketika,” katanya.

Ketika Siti Aishah beredar menuruni tangga di lokasi rahsia pertemuan mereka, Kamar Mahtum menyedari yang mereka berdua masih belum mengucapkan selamat tinggal lagi berdua dan beliau pergi mendapatkan Siti Aishah.

Kamar Mahtum di akhir temubual itu berkata Siti Aishah berkata dia sudah memiliki kawan-kawan di London yang menjaganya dan memberinya makan serta keperluan.

Beliau merasakan kata-kata adik bongsunya itu sebagai menjelaskan bahawa tanpa keluarga pun, dia boleh hidup dengan baik di London.

“Dia seakan-akan mahu memberitahu saya, tanpa kami (keluarga) pun dia boleh hidup dengan aman di sini seperti 40 tahun lalu, kami keluarganya sudah tidak penting padanya.

“Salahkah saya berasa bahawa saya sekarang ini sudah tidak penting baginya, salahkah saya untuk berasa sedikit kekecewaan,” katanya.

Sumber : Telegraph UK

0 comments:

Post a Comment