Bila emosi dibiarkan mengawal diri, macam-macam perkara tak sepatutnya boleh berlaku termasuk yang memalukan.
Di China, seorang isteri yang bengang kerana berasa suaminya nampak lebih muda menuntut dia dihadiahkan sebuah kereta mewah.
Apabila suaminya enggan, dia bertindak mencalarkan kereta mewah tersebut sebagai tanda sakit hati.
Si suami yang takut jika dia terpaksa membayar kerosakan dilakukan terpaksa menarik isterinya ke tepi.
Perkara ini membuatkan si isteri tambah marah lalu berlaku pertengkaran besar disaksikan orang sekeliling.
Antara yang diungkit si isteri adalah pengorbanan besarnya terhadap rumah tangga mereka selama ini hingga wajahnya kelihatan lebih tua daripada si suami. Jadi, dia berhak diberikan hadiah mahal seperti kereta mewah tersebut.
Kejadian yang dirakamkan orang awam ini berlaku di sebuah pameran kereta.
Perhatian kepada para suami: jika anda nak keluar ke mana-mana pusat beli belah dan sebagainya selepas ini, pastikan emosi isteri anda stabil agar anda tak menerima nasib yang sama. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment