Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mangsa, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada pukul 12.50 tengah malam.

“Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment