Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

PENGARAH Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini mengumumkan akan melancarkan peraduan menulis email palsu paling menarik dengan hadiah wang tunai RM1,000 menanti pemenangnya.

Peraduan itu yang akan dilancarkan esok, memerlukan orang ramai menghantar penyertaan iaitu ‘emel palsu’ kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tujuan peraduan itu ialah untuk menguji tindakbalas pihak polis dalam menyiasat penghantaran emel palsu.

Hari ini, Rafizi dipanggil polis untuk disoalsiasat berkenaan penyebaran email yang mengatakan akan ada letupan berlaku pada malam sambutan tahun baru 2014, Selasa depan.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk  Hadi Ho Abdullah dalam satu kemaskini laman Facebook PDRM.


“Kita akan menganjurkan peraduan penulisan email palsu paling kreatif dan kita lihat email manakah yang akan disiasat oleh pihak polis,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Menurutnya, wang kemenangan akan dikeluarkan dari poket beliau sendiri.

Dalam emel berkenaan, ia ditulis oleh Abdul Rahim Ghouse kepada Rafizi menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh para peserta Perhimpunan Guling Kerajaan yang dikatakan akan diadakan pada 31 Disember ini.


Abdul Rahim merupakan penyokong setia Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut emel itu, akan berlaku beberapa siri letupan kecil sama seperti yang pernah berlaku dalam Perhimpunan Bersih tidak lama dulu.

Untuk apa pula peraduan seperti itu diadakan, ianya hanya akan melambakkan email palsu ditulis dan kebenaran di antara emel berkenaan tidak akan dapat dikesan kerana terlalu banyak emel yang dihantar dan keadaan sudah pasti akan menjadi kecoh.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment