Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Parti PAS mendakwa 10 pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung Mohamad Sabu atau Mat Sabu tidak cukup kuat untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS itu dengan fahaman Syiah.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor mendakwa, pendedahan itu bukan bukti sahih untuk menunjukkan Mat Sabu berfahaman Syiah dan menyifatkan ia sebagai dakwaan yang tidak matang.

“Sekadar kemukakan bukti yang tidak sahih, cakap dengar atau sekadar pandangan beberapa saksi yang mendengar dan melihat tokoh itu berfahaman Syiah, ia tidak boleh dijadikan hujah.

“Mengagumi tokoh Syiah tidak semestinya ia berfahaman Syiah, manakala mendengar dari mulut orang lain bahawa Mat Sabu berselawat ala Syiah juga bukan asas untuk menuduh beliau Syiah. Pergi ulang alik ke Iran atas sesuatu urusan bukanlah tiket untuk melabelkan seseorang itu Syiah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Riduan meminta supaya pegawai-pegawai KDN membuat ‘homework’ yang panjang serta risikan yang terperinci sebelum mendakwa Mat Sabu berfahaman Syiah.

Media semalam melaporkan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengemukakan 10 maklumat yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepemimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk ?Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini? dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin PAS itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011.

Beliau menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia.

Pemimpin PAS itu juga didakwa kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

0 comments:

Post a Comment