Tiada siapa dapat menafikan, jadi mangsa banjir memang perit.
Benar juga kata peribahasa, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.
Tapi di penghujung hari, kita mesti sedar segala dugaan yang datang sudah ditentukan Tuhan Yang Maha Kuasa.
Jadi selayaknya setiap hamba yang didatangkan ujian supaya banyakkan bersabar.
Merujuk gambar di atas, seorang mangsa banjir di Kuantan dikatakan telah meletak papan tanda putih di depan rumahnya dengan tulisan:
“To the onlookers, strangers and invited guests.
We do not need your sympathy, money & stupid Q.
For now, we need 1. Food 2. Man power to clean up our house.
If U cannot do that, please leave. TQ.”
Dalam erti kata lain, tuan rumah ini bagi tau awal-awal kepada sesiapa yang berhasrat nak ketuk pintu rumah dia – kalau tak datang bersama makanan atau bantuan untuk cuci rumah silalah beredar.
Mereka tidak perlukan simpati, duit mahu pun kebodohan.
Amboi, sampai macam tu sekali amaran diberi. Manalah tahu yang datang bukan nak bagi duit atau simpati tapi nak tanya arah jalan?
Mungkin ini pun diklasifikasikan tuan rumah sebagai lawak bodoh tapi ketahuilah, orang bodoh itu lebih mulia daripada orang pandai yang sombong.
Fikir-fikirkan. – REM RAMZI
Sumber: beliabangkit.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment