Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

KUANTAN – Seorang lelaki mati lemas manakala rakannya terselamat ketika mereka menangkap ikan di muara Sungai Seberang Balok di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata mangsa ialah Mohd Saufi Yunus, 19, pergi bersama rakannya yang berusia 40 tahun ke sungai itu pada pukul 5 petang.

“Kedua-duanya tenggelam di bawa arus air deras tetapi berjaya diselamatkan oleh orang awam. Namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Balok,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mayat Mohd Saufi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal akibat lemas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment