Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menyaman FMT dan akhbar berbahasa Tamil Makkal Osai berhubung laporan berita mengenai tindakan meroboh rumah di Kampung Railway Sentul di sini.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa, DBKL tidak wajar menyaman FMT dan akhbar tersebut hanya kerana mendedahkan perkara yang benar mengenai isu itu menerusi artikel mereka.

“Mengapa DBKL tidak menerima realiti dan kebenaran di sebalik artikel tersebut. Mipas membantah cadangan DBKL mahu menyaman FMT dan Makkal Osai kerana laporan itu.

“Mipas menggesa ahli politik dan DBKL berkhidmat untuk rakyat dan tidak tunduk kepada tekanan pihak kontraktor sahaja,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan berkata, DBKL sebagai sebuah agensi kerajaan sepatutnya mengutamakan rakyat berbanding kepentingan golongan peniaga.

Justeru, Mipas memberi amaran kepada DBKL supaya tidak mengugut pihak media dan menyekat kebebasan mereka untuk melaporkan kebenaran untuk rakyat.

Media sebelum ini melaporkan DBKL bercadang menyaman FMT dan Makkal Osai kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai isu meroboh rumah di Kampung Railway Sentul.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Balan dipetik berkata, cuma 30 penghuni di situ enggan berpindah manakala 120 lagi bersetuju berbuat demikian.

0 comments:

Post a Comment