Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Waktu perkhidmatan LRT, monorel dan bas RapidKL’ akan dilanjutkan pada 31 Disember ini bersempena sambutan Tahun Baru 2014.

RapidKL dalam satu kenyataan media memberitahu, lanjutan waktu operasi itu bagi memudahkan perjalanan orang ramai yang akan menyertai sambutan itu.

“Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monoerel Kelana Jaya dan Ampang akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi manakala perkhidmatan bas akan dilanjutkan beberapa jam pada hari tersebut.

“Stesen LRT dan monorel lain akan dibuka sehingga pukul 1 pagi manakala KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa akan beroperasi sehingga 2 pagi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

RapidKL bagaimanapun memaklumkan, perkhidmatan LRT, monorel dan bas akan dilanjutkan lagi pada hari tersebut sekiranya keadaan memerlukan demi keselesaan orang ramai.

Kenyataan itu turut mengeluarkan senarai bas RapidKL yang akan dilanjutkan perkhidmatan pada 31 Disember 2013 seperti berikut:

Laluan U64: Taman Sri Muda – Pasar Seni Hub

Laluan U66: Taman Medan – Pasar Seni Hub

Laluan U68: Sri Manja / Sentosa – Pasar Seni Hub

Laluan U70: Puchong Prima – Pasar Seni Hub

Laluan U88: Kota Damansara – Pasar Seni Hub

Laluan U22: Sri Nilam – Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)

Laluan U40: Terminal Kajang – Mydin Sinar Kota, Jalan Tun Perak

Laluan U23: Taman Melawati – Lebuh Ampang via MINDEF

Laluan U224: Bandar Dato Senu – Kotaraya

Laluan U6: Taman Jasa Utama – Medan Pasar

0 comments:

Post a Comment